Anugerah Lagu Indie : Pentas Revolusi Muzik Lokal

Posted on

Anugerah Lagu Indie adalah satu usaha untuk memartabatkan muzik lokal kita ke pentas yang lebih tinggi. Ianya terhasil dengan kerjasama Kamar Seni Studio yang diketuai oleh AG Coco, Hashtag Media Elmi Elmo, Angkasa Space dan disokong oleh Rakita stesen radio. Antara syarat-syarat penyertaan anugerah ini adalah lagu hendaklah diterbikan di antara Januari 2019 sehingga Ogos 2020 sahaja. Lagu adalah bebas dari syarikat rakaman,penggunaan bahasa yang tersusun serta hendaklah 100% dicipta oleh warganegara Malaysia.

Semua peserta yang terpilih akan membuat live performance secara online(livestream) selama tiga minggu bermula 4 September 2020 sehingga 18 September 2020 di youtube Kamar Seni setiap minggu.

Di waktu yang mencabar kita menghadapi pandemik ini, scene indie yang sentiasa bergantung pada event-event dan konsert kian terkesan. Sahutan dan seruan anak indie yang sentiasa ditemani dengan tarian dan hentaman dalam menjiwai sesebuah lagu memberi impak yang sangat kuat kepada sesebuah acara itu. Namun kita terkesan atas penjarakan sosial yang dihadapi menyebabkan kesukaran untuk kita menikmati penjiwaan itu. Anugerah indie bukan sahaja membantu peminat muzik lokal tempatan untuk kembali menyahut dan mendengar muzik lokal terkini, malah ia juga membantu pemuzik-pemuzik indie untuk masih kekal berjuang menempuh dugaan yang kian mendatang serta melepaskan rindu untuk berada di sesebuah pentas.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pentas separuh akhir yang kini telah berlangsung dan buktikan jiwa indie kita walaupun hanya di hadapan komputer riba.