ABSTRAX hasilkan koleksi kolaborasi Miey Ali Mural “Wira” dan “Abah”

Posted on

Viral pada musim PKPP terdahulu, mural yang dihasilkan oleh artis Suhaimi Ali telah dikunjungi oleh YDP Agong sendiri ke kawasan tersebut. Namun tidak berapa lama kemudian, mural tersebut terpaksa dipadam kerana ada pihak tidak bertanggungjawab telah menconteng dan menghina lakaran tersebut.

Oleh itu, Abstrax selaku jenama grafik lokal yang sering terlibat dalam bidang seni tanah air membuat inisiatif untuk bersama-sama artis Miey Ali dalam kolaborasi menghasilkan tshirt lakaran beliau untuk jualan umum.

Produk ini dihasilkan dalam dua design iaitu wajah Tan Sri DG Noor Hisham disertakan dengan ayat WIRA dan Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke 8 Malaysia dengan ayat ABAH sesuai dengan cara beliau mengendali situasi dan ekonomi negara ketika bermulanya pandemik sehingga hari ini.

Baju ini telah mula dijual secara preorder dan boleh didapati di shop.abstraxjingga.com

#abstraxjingga